Nilai Wang
Nilai wang kertas adalah hanya pada nombor yang dicetak diatas sekeping kertas itu. Sedangkan nilai emas, kekal mengikut berat emas tersebut dan ketulenannya (999 , 916 dan sebagainya)
Sekeping wang kertas RM100, jika dikoyakkan menjadi dua bahagian. 1/2 bahagian dibakar dan 1/2 lagi diberi pada orang, pasti tiada siapa yang inginkan, kerana ia tidak lagi bernilai.
Sedangkan, jika 10 gram emas dikerat kepada dua bahagian menjadi 5 gram dan dicampak keatas lantai, pasti berebut orang inginkannya, dan jika 5 gram lagi dibakar hingga lebur, ia sekadar cair, tetapi tetap 5 gram disitu dan tetap bernilai