Syarikat

Gold Silver Saga (GSS) adalah sebuah syarikat interprise berdaftar dengan SSM pada 2009 yang menjalankan aktiviti perniagaan jual dan beli emas dan perak sebagai perniagaan utama selain dari menjalankan program perkongsian ilmu berkaitan simpanan dan perniagaan emas dan perak.

GSS tidak menjalankan sebarang aktiviti pelaburan emas atau perak dan tidak mempunyai lesen atau kebenaran untuk menganjurkan sebarang bentuk program pelaburan. GSS juga tidak pernah melantik mana-mana pihak untuk menjalankan apa-apa aktiviti pelaburan menggunakan nama GSS. Pihak GSS menasihatkan umum untuk sentiasa waspada dan membuat semakan pada mana-mana pihak yang menjalankan aktiviti pelaburan bagi memastikan aktiviti dijalankan adalah sah di sisi undang-undang.

Selari dengan matlamat GSS, dari masa ke semasa, perkongsian maklumat bagi sebarang syor atau penulisan di laman web ini berkaitan pihak yang menyediakan atau menganjurkan sebarang bentuk simpanan, jualan, belian, pelaburan emas dan perak, ianya adalah berdasarkan maklumat semasa dan semakan yang dibuat oleh pihak GSS. Pihak GSS hanya akan membuat syor bagi pihak yang dirasakan menjalankan aktiviti sah. Umum sekali lagi dinasihatkan untuk membuat semakan semasa.