Tempahan Khas

GSS mempunyai kepakaran membuat cincin emas dan perak mengikut saiz jari dan jenis rekaan pilihan pelanggan. Kadar upah yang amat berpatutan selain mutu kemasan yang sentiasa dijaga membuatkan GSS semakin mendapat tempat dikalangan pelanggan yang inginkan cincin tempahan khas.

 

 

Terdapat 3 jenis cincin tempahan khas yang GSS tawarkan:

  1. Belah Rotan
  2. Ukiran Nama
  3. Rekaan

 

Pihak pelanggan hanya perlu memaklumkan saiz jari, pilihan rekaan/jenis untuk pihak GSS membuat angaran berat dan kos. Sekiranya dipersetujui, bayaran penuh boleh dibuat dan tempahan akan mula diproses.